:
PENGENALAN

PENGENALAN

 

Sekolah Rendah Islam Al-Islah (SRAI) Kulim merupakan antara sekolah rendah Islam yang baharu ditubuhkan di daerah Kulim - Bandar Baharu, Kedah pada tahun Disember 2015. Aspirasi penubuhan sekolah ini adalah untuk menyediakan pendidikan alternatif bersepadu yang mengintegrasikan pendidikan akademik (seperti di sekolah kebangsaan biasa) dengan Pendidikan Islam (Diniyah). SRAI Kulim adalah sebuah sekolah rendah agama yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Kedah dengan nombor pendaftarannya: Ruj. JAIK 04/2017 yang telah diluluskan pada 15 Februari 2017. SRAI Kulim juga adalah sekolah rangkaian MUSLEH yang mengaplikasikan sistem pendidikan bersepadu antara akademik dan Pendidikan Islam.

SRAI telah mula beroperasi sejak  sesi persekolahan Januari 2016 dengan menyewa sebuah kedai di No. 132, Jalan Putra 8, Pusat Perniagaan Putra, Kelang Lama, 09000 Kulim, Kedah.  Untuk permulaan, SRAI telah beroperasi dengan 2 bilik darjah untuk murid Tahun Satu dengan jumlah murid pada ketika itu seramai 58 orang. Pada tahun 2019, ia terus berkembang dan mempunyai 8 kelas untuk Tahun 1 hingga Tahun 4 dengan seramai 227 murid  serta tenaga pengajar seramai 18 orang, diketuai seorang guru besar dan dibantu dua orang kakitangan sokongan. Pada ketika ini, pihak Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) terpaksa menyewa 4 lot premis kedai 2 tingkat bagi menampung keperluan kelas, ruang pejabat, bilik guru, pejabat guru besar dan penolong kanan, sebuah dewan makan dan dewan solat.

Kecenderungan serta minat masyarakat setempat di daerah Kulim terhadap sistem pendidikan integrasi ini menyaksikan SRAI terus menjadi pilihan para ibu bapa untuk persekolahan anak-anak mereka. Dengan permintaan yang semakin bertambah maka keperluan bagi membina bangunan sekolah di tapak kekal kini menjadi suatu keutamaan.